bagi para penggemar durian, mereka akan teruja apabila bertemu dengan gerai menjual durian. jumpa jer pasti mereka ni akan berhenti. aku gelarkan orang macam ni sebagai "hantu durian'. sebabnya diorang ni akan naik "hantu" kalau terjumpa durian. Hahahah..

kalau jumpa gerai jualan buah durian, mereka akan berhenti untuk makan kat sana. tak dengan tu, mereka akan beli untuk di bawa balik ke rumah dengan kereta. haaaa kat sini lah akan timbul sedikit masalah..

kereta yang diisi dengan buah durian tadi akan berbau durian. bukan sehari dua, makan kadang-kadang berminggu lamanya.. ini yang memeningkan kepala penggemar durian.

jangan risau.. untuk hantu durian sekalian, ni ada petua ataupun tips untuk korang macamana nak buat supaya kereta korang tak berbau durian.



tips / petua nak elakkan kereta berbau durian

1. guna beg plastik yang ada seal

korang beli dan sediakan bekas plastik (beg plastik) yang kedap udara tu. kat kedai ada jual. alaaa yang boleh seal kat permukaan dia tu.. macam seal bekas ubat tablets tu... 

haaa korang isi la isi durian kat dalam plastik tu. kemudian korang keluarkan udara dalam tu dan tutup rapat-rapat / sealkan beg plastik tu. then simpan la dalam bonet kereta korang...  

gerenti kereta korang tak berbau nanti..

2. guna petua tradisional - guna tangkai buah durian

tangkai durian


haaa petua yang mesti ramai tak tau kan? masa kat gerai durian tu, korang suruh tauke gerai durian tu potong tangkai durian. kalau durian tu durian baru, mesti tangkai dia elok lagi.

dah dapat tangkai durian tu, korang belah la tangkai tu di tengah-tengah. tapi jangan sampai terbelah putus terus. belah separuh jer.

tangkai yang siap dibelah tu korang selitkan diantara lubang pendingin hawa kereta korang. alaa macam korang selit pewangi kereta tu. so udara yang keluar daripada pendingin hawa nanti akan melalui tangkai durian tu.

percaya atau tidak... ini akan dapat menolong menghilangkan bau durian di dalam kereta korang. nampak macam tak logik kan? tapi cuba korang try buat. tengok apa hasilnya. haaa... alaa dia sama jugak dengan petua elakkan kepanasan selepas makan durian tu.. bukan logik sangat pun. tapi kalau amalkan.. memang betul pun badan tak panas selepas makan durian.

haaa tu la 2 petua macamana nak elakkan kereta berbau durian ketika mana korang isikan kereta korang dengan buah berduri yang berbau unik ini.

cubalah.. harap petua ni dapat membantu korang

Advertisement

0 comments:

Post a Comment

 
Top