apabila seorang perempuan mengandung, banyak perubahan akan berlaku padanya. perubahan ni bukan sahaja dari segi fizikal malah mental juga. 

perubahan fizikal selain daripada perut yang memboyot dan berat badan yang mungkin naik, urat-urat kaki juga akan timbul. ini mungkin akibat kaki terpaksa menanggung beban badan yang berat. ia juga disebabkan darah yang tidak mengalir lancar ke seluruh bahagian kaki.


kaki juga turut menjadi sembab dan bengkak berbanding dengan keadaan biasa. masalah ini ada yang berlarutan sehingga si ibu bersalin. 

ada petua untuk hilangkan urat kaki yang timbul bagi perempuan yang mengandung. caranya senang saja. dan seperti kebanyakan petua orang dulu-dulu petua ini juga senang untuk diamalkan dan tidak memerlukan kos yang tinggi. 

caranya, ketika tidur, anda mesti meletakkan kedua kaki anda lebih tinggi daripada kedudukan kepala. lakukan setiap malam. 

sebagai usaha tambahan dan untuk mempercepatkan keadaan menjadi normal, anda boleh juga rendamkan kaki anda ke dalam sebesen air suam selama 15 - 20 minit. amalkan pada setiap hari sehingga urat kasar dan sembab tadi tadi menghilang. 

anda boleh juga mengurut kaki anda dengan minyak urut untuk melancarkan perjalanan darah keseluruh kaki seterusnya menghilangkan urat kasar pada kaki. 

kepada perempuan mengandung, saya ucapkan selamat mencuba...!

Advertisement

0 comments:

Post a Comment

 
Top