tak dapat lari. kedut pasti muncul seiring dengan umur kita yang semakin meningkat senja. jarang sekali orang yang meningkat umurnya tanpa kedut hadir pada dirinya. 

ada tapi bilangannya tidak ramai. golongan ini mungkin yang menjaga penampilan diri dengan mengamalkan petua - petua untuk hilangkan kedut terutama pada bahagian muka.

kebanyakan wanita yang pentingkan keterampilan diri, kehadiran kedut ini jelas meresahkan. mereka. ini adalah kerana mukalah yang menjadi tempat persinggahan pertama pandangan orang. cantik muka, cantiklah impresi orang terhadap diri kita.

 jadi mereka akan mencari cara-cara, tips ataupun petua untuk elakkan ataupun perlahankan proses kedut ini. jangan risau. ini ada petuanya...


petua hilangkan kedut pada muka


  • ambil sebiji lobak merah
  • sediakan sebiji telur yang dibuang telur putihnya (ambil yang kuning sahaja)
  • satu sudu tepung jagung
  • campurkan kesemua bahan ini dan gaulnya hingga sebati.
  • sapukan bahan sebatian ini di tempat ada kedut (di muka)
  • biarkan selama 20 minit
  • lepas tu basuhlah muka dengan air bersih
  • selesai

lakukan amalan ini selalu dan setiap hari. insyaAllah lama kelamaan wajah anda makin berseri dan kedut mula segan nak bertapak lagi di muka anda.


senang kan? murah kan?

selamat mencuba...

Advertisement

0 comments:

Post a Comment

 
Top