anak kecil yang selalu kencing malam agak sedikit menyusahkan ibubapa. apa taknya, tilam sentiasa berisiko untuk terkena kencing. jenuh juga nak membasuhnya. kalau kena hari hujan, lagi tak best. tilam tak kering. mesti bau hapak...!



masih saya ingat dulu masa kecil siapa yang selalu kencing malam pakcik saya akan tangkap seekor pepatung dan letakkan mulut pepatung pada pusat untuk digigit oelh pepatung. hasilnya orang yang digigit tu tak lagi kencing malam selepas tu.

saya rasa penjelasan disebalik perkara ni ialah ia melibatkan emosi ketakutan sebab digigit pepatung tu. jadi mindanya dapat dikawal supaya tidak lagi kencing malam. hehehe.

sebenarnya orang dulu-dulu ada petua ringkas khas untuk elak kencing malam untuk anak yang masih kecil ni.

caranya senang dan sungguh ringkas. ambil lemon dan perahkan untuk diambil jusnya. perahkan ke atas madu yang diletakkan di dalam sudu kecil. kemudian bagi anak kecil tadi minum.

amalkan perkara ini di sebelah pagi dan sebelah malam sebelum masuk tidur. insyaallah selepas itu anda akan mendapati anak anda tidak lagi kencing malam. ataupun setidak-tidaknya ia dapat mengurangkan kekerapan anak kecil anda kencing malam.

selamagt mencuba...!

Advertisement

0 comments:

Post a Comment

 
Top