batuk jika berpanjangan memang menyiksakan. otot perut dan rongga tekak pun boleh sakit akibat penangan batuk yang lama ni. di samping ia memberi ketidakselesaan kepada persekitaran kita. rakan-rakan dan business partner pun agak terganggu di dalam pergaulan seharian dengan kita.

jadi kalau boleh cegah batuk sebelum ia melarat berpanjangan yang mungkin akan menjadi punca penyakit lain pula.

ada beberapa petua untuk hilangkan batuk ni.



1. Kombinasi Halia, Lemon dan Madu

  • hiris halia menjadi nipis ataupun kecil
  • hiris lemon
  • campurkan hirisan halia dan lemon ke dalam sebotol air
  • kemudian campurkan madu ke dalam air tersebut
  • air campuran ini hendaklah diminum setiap pagi dan petang
2. Kombinasi  Lemon dan madu
  • perah lemon untuk diambil jusnya
  • masukkan jus lemon ke dlam segelas air suam
  • campurkan madu ke dalam air suam
  • jika tiada lemon, boleh juga diganti dengan limau nipis (lime)
  • amalkan minum di setiap pagi sehingga batuk sembuh
3. Bawang Putih
4. Air Asam Masin
  • cari asam masin
  • rendam sekejap di dalam air suam
  • minum air suam asam masin tersebut tanpa gula
5. Air Belimbing
  • cari buah belimbing
  • ambil jusnya
  • minum begitu sahaja tanpa gula
6. Kombinasi Limau Nipis, Kicap dan Garam
  • ambik sesudu kicap
  • letakkan sedikit garam
  • perah limau nipis di dalam sudu tersebut
  • minum
itulah 6 cara ataupun petua untuk elakkan batuk supaya tidak melarat untuk jangkamasa yang lama. anda boleh la pilih untuk mencuba yang mana satu. ataupun cuba satu-satu untuk menguji petua yang mana paling ampuh dengan anda.

selamat mencuba...!

Advertisement

0 comments:

Post a Comment

 
Top