ada orang gigi dia memang jenis kuning. bukannya dia malas gosok gigi ke apa tapi memang gigi dia kuning. tak tau la sebab masa kecik dulu dia memang malas gosok gigi ke apa...

keadaan ini agak tidak selesa kepada orang yang memandang. memang gigi kuning ni nampak macam kotor walaupun ia sebenarnya tak kotor yang tuan punya suka gosok gigi.

tak best juga kalau gitu kan? muka kacak, badan sado, tetiba senyum gigi kuning. kalau perempuan pulak, rupa lawa, body mengancam tip top, tapi bila senyum gigi kuning. potong stim jer kaaan..

ni haaa tips ataupun cara nak putihkan gigi. yang menariknya cara ini datang dengan pakej harga yang murah dan cara yang mudah.

caranya ialah berus gigi tu dengan menggunakan arang...! apa!!! arang???!!!

berus gigi yang telah dibasahkan, diletak serbuk arang

ya.. arang! arang yang guna untuk bahan bakar tu... kat kampung saya orang panggil "charcoal".

ambik berus gigi. basahkan dengan air. kemudian taburkan serbuk arang atas berus gigi tadi. nak dapatkan serbuk arang ada dua cara. beli serbuk arang kat kedai ataupun ambil ketulan kecil arang dan tumbuk untuk dapatkan serbuknya.

dah taburkan serbuk arang secukup rasa pada berus gigi, gosoklah gigi yang kuning tu dengan serata. gayakan cara gosok tu pelbagai cara. sesekali berus daripada atas ke bawah, sesekali bersu dari kanan ke kiri. gayakan juga cara berus berbentuk bulatan. dan jangan lupa berus juga bahagian dalam gigi.

lepas tu berkumurlah. anda akan dapat lihat serta merta gigi anda akan bersinar keputihan. tak caya cubalah... confirm anda akan hairan melihat gigi anda yang lain daripada sebelum ini.

senangkan? murahkan? cara ni sebenarnya lama dah orang tua-tua tau dan amalkan. mereka tak perlukan ubat gigi yang canggih dan mahal pun...!

mat salleh pun dah mula tiru cara ni. tak caya tengok video ni:


so bertambah kacak dan cantiklah anda dengan bantuan gigi yang putih bersinar tadi. cuma perangai anda tu perlu jaga jugak ya.. sebab lawa dan cantik serta segak tu tak der maknanya kalau perangai anda buruk.

Advertisement

0 comments:

Post a Comment

 
Top