siapa yang tak pernah makan durian? rasanya semua orang malaysia pernah makan buah yang digelar raja buah ni. kalau tak suka pun, mesti pernah jugak rasa walaupun sedikit.

durian ni bagi sesiapa yang suka memang macam ketagih bila dah makan. memang tak ingat dunia punya. sampai berbiji-biji sekali hadap. 

bagi yang makan banyak macam ni, biasanya kalau tak kena gaya badan akan kepanasan selepas makan. panasnya bukan panas luaran tapi panas dari dalam. angin dalam perut pun macam nak menerpa keluar hasil sebatian isi durian dengan makanan lain yang dicernakan oleh enzim-enzim dalam perut. 



kentut dan sendawa adalah hasil tindakbalas tersebut. kalau dah sendawa memang sekeliling berbau durian semerbak la. sebab tu ada hukum yang menjatuhkan "makruh" makan durian sebelum solat. sebab dikhuatiri tersendawa masa solat. confirm 2 saf akan terbau durian. hahaha..

ada petua sebenarnya untuk elakkan badan daripada kepanasan selepas makan durian. petua ni dah diamalkan oleh datuk nenek kita sejak zaman berzaman.

senang jer caranya. sejurus selepas makan durian, ambik satu kulit durian. seeloknya pilih yang kedalaman lekuknya paling dalam.



tuang air masak (yang ingin diminum) kedalam kulit durian tu. tuang bahagian dalam ya. baru ia boleh takung air tu. 

hirup atau minum lah air yang dituang tadi tu terus daripada kulit durian tu. ikut suka korang lah nak minum banyak mana pun. janji minum dalam kulit durian tu.

insyaAllah badan kurang rasa panas lepas tu.

selamat mencuba petua yang senang ni...!

Advertisement

0 comments:

Post a Comment

 
Top