jerawat.. kenapa ramai yang concern pasal jerawat ni? yang paling ambil berat tentang jerawat ni biasanya remaja. remaja perempuan paling cerewaet kalau muka mereka dinaiki jerawat.
kenapa..?
pertamanya adalah kerana jerawat ni biasanya tumbuh di muka. ia sedikit sebanyak mengganggu kecantikan dan kekacakan tuan punya muka tu. so sebab tu diorang takut sangat akan jerawat ni.
kedua... jerawat ni, terutama jerawat batu... ia mendatangkan kesakitan kepada tuan punya muka tu. serius sakit kalau kena jerawat batu. nak-nak masa dia tengah membengkak di kemuncaknya...
so apa petua untuk hilangkan jerawat ni. memang ramai yang nak tau petua nak hilangkan jerawat ni. nak senang cari jer ubat kat klinik ata farmasi. tapi sampai bila kita nak dedahkan kulit muka kita kepada bahan kimia. lebih elok jika kita gunakan bahan asli yang kesannya sama dengan ubat yang mengandungi bahan kimia.
ni ada beberapa petua untuk hilangkan atau kurangkan jerawat ni. semua bahan ni adalah bahan asli yang mana korang tak perlu takut untuk gunakannya. yang penting boleh jimatkan kos sebab bahannya adalah bahan asli yang biasa kita jumpa dan ianya boleh diproses sendiri.
sebab ada banyak petua ni, maka aku bahagikan mengikut kategori. untuk kali ni aku kongsi petua untuk hilangkan jerawat dengan menggunakan serbuk bahan asli.
petua untuk hilangkan jerawat dengan serbuk bahan asli
1. SERBUK KUNYIT
serbuk kunyit (pic:bluebell-halal.com) |
serbuk kunyit ni boleh dibuat sendiri dengan mengisar halus dan mengeringkan kunyit tersebut. tapi kalau nak senang korang pergi jer ke kedai runcit dan beli sepeket serbuk kunyit. banyak dijual dikedai runcit tu. bermacam-macam jenis ada. serbuk ni biasanya digunakan untuk masakan.
cara-cara:
- ambik sesudu serbuk kunyit.
- titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit tersebut. setitik dua dah cukup. kita nak jadikannya pekat supaya senang disapu pada jerawat dan ia melekat. kalau cair nanti tak melekat pula.
- sapu pada jerawat beberapa minit
- Lakukan sehingga hilang jerawat.
serbuk kayu manis (pic: http://obatherbalyogyakarta.com) |
serbuk kayu manis ni pun boleh dibeli dikedai-kedai runcit kalau nak buat sendiri agak leceh sebab kayu manis ni keras. korang kena tumbuk dengan agak gigih untuk menjadikannya serbuk. tapi kalau korang rajin ok jer buat sendiri. jimat bajet korang.
cara-cara
- ambik 2 sudu serbuk kayu manis
- titiskan sesudu madu atau jus lemon pada serbuk kayu manis tersebut
- kemudian sapu pada jerawat.
- Sebaiknya buat aktiviti ini sebelum masuk tidur
haaa tu dia petua atau tips untuk korang hilangkan jerawat atupun sekurang-kurangnya kurangkan bengkaknya dengan menggunakan bahan asli tanpa was-was. lepas ni tunggu entri petua yang sama tapi dengan menggunakan bahan asli yang lain pulak
0 comments:
Post a Comment